| AidanTech dalam ICT Blueprint IPPT |
| Thursday, 05 February 2009 | |
|
Aidan Technologies telah dijemput ke Bengkel Penyediaan 'ICT Blue Print' bagi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) atau Advanced Medical and Dental Institute (AMDI). Bengkel ini akan dijalankan selama 3 hari di Hotel Equatorial, Cameron Highlands dari 4 hingga 6 Februari 2009. Bengkel ini mengumpulkan pakar-pakar Teknologi Maklumat seluruh negara untuk membentuk sebuah ICT Blueprint dalam membentuk IPPT. Ini adalah kerana untuk menjadi sebuah institusi berteknologi tinggi, IPPT memerlukan satu ICT Blueprint yang tercanggih dengan menggabungkan amalan-amalan teknologi terbaik di dunia. Blueprint yang dirangka dijangka akan berpandangan jauh dan menepati visi-visi IPPT. Visi IPPT untuk membimbing dunia dalam penghasilan produk baru perawatan pesakit, samada berbentuk ubat-ubatan, kit diagnostik, prosedur perawatan atau peralatan perubatan adalah satu sasaran yang tinggi dan memerlukan strategi spesifisik yang digubal semula. Blueprint perancangan induk, rekacipta dan pembangunan infrastruktur dan pengubalan proses kerja berpiawaian, perlu diteliti rapi untuk menghasilan produk berakreditasi yang menjamin penggunaan global. IPPT telah ditubuhkan melalui kelulusan Memorandum Jemaah Menteri. Ia akan bertindak sebagai pemangkin utama dalam melahirkan saintis dan pakar perubatan yang berdayasaing, kontemporari, an berkebolehan dalam membuat penemuan terbaru dalam dunia perubatan dan pergigian. IPPT berkerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam aktiviti pembelajaran dan kajian. AidanTech berasa bangga dapat menyumbang ke arah pembangunan IPPT dan teknologi dunia perubatan secara amnya.
|
| Next > |
|---|